Jaga DSLR Kekal Kilat Macam Baru

Genap sebulan tak update. Blog berhabuk, kamera pun berhabuk. Banyak blog yang selalu aku singgah pun tak berupdate. Berapa kerat je yang gigih mengupdate. Musim tak update blog agaknya.

Takde kerja petang semalam, buang habuk-habuk yang terkumpul kat body Nikon D5100 ni. Kasi spray guna pengilat vinyl kereta. Betapa sayangnya dekat kamera yang satu ni walaupun sekadar entry level. Berus, gilap... sampai hitam berkilat. Macam baru!

dslr, bersih, cuci, body, kilat, hitam, macam baru
memberus
Bagus juga beli pengilat vinyl kereta ni walaupun secara terpaksa masa tu sebab nak suruh jurujual tu cepat menghilang dari pandangan. Lama terperuk dalam but kereta, tak digunakan. Kilatkan DSLR pun bagus, kan?

Sambil-sambil memberus habuk kat celah-celah body kamera tu guna berus lukisan lembab dengan cecair pengilat vinyl tadi, terngiang-ngiang kat telinga kata-kata adik perempuan masa hari raya hari tu, "Aku tengok skill kau tak macam dulu. Takde tukar-tukar kedudukan pun. Main tangkap je."

Ambek kau sebijik! Satu pujian yang ikhlas tu. Ahah! Lepas ni aku meniarap tertonggeng terlentang semua siap cari sudut terbaik. Nak tingkatkan skill fotografi yang nampak macam takde peningkatan pun sejak dulu. Hahaha.

DSLR pun dah berkilat. Jadi, nak buat apa seterusnya?

Post a Comment

4 Comments

  1. dah berkilat cantik, moh le ambik gambar..nak tengok gambar baru..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada idea nk shoot apa tak. Otak pun macam berhabuk sekali, susah fikir. ahah.

      Delete
  2. hahahah terus dapat komen pedas...hihihi

    ReplyDelete